Saturday, July 20, 2019

Tiga terselamat dalam kemalangan melibatkan sebuah lori dan dua buah motosikal

Motosikal dihempap lori
Kemalangan melibat sebuah lori dan dua buah motosikal di Jalan Sarikei Sri Aman disini pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Sarawak, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Zian Azizi bin Yusuf berkata, sebanyak 8 anggota diketuai oleh Pegawai Bomba (PB) Sylevester dikerah ke lokasi setelah terima panggilan berkaita kejadian pada jam 7.30 pagi.


“Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori yang membawa muatan buah sawit menghala dari Saratok ke Sarikei gagal mengawal kenderan lalu melanggar sebuah motosikal ditungangi seorang lelaki yang berada dihadapan dan terbalik,” katanya.

Tambah Zian, seorang lelaki pembonceng mototosikal dari arah yang sama berada di belakang lori turut terlibat dalam kemalangan setelah motosikal gagal mengelak.

Jelasnya, kesemua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan telah dibawak ke Hospital Sarikei oleh pihak perubatan.


Kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak dan sawit turut dibantu oleh Pihak Pan Borneo dan Syarikat lori terbabit. Operasi tamat pada jam 8.31 pagi,”katanya ketika dihubungi.

Friday, July 19, 2019

Pemandu maut penumpang cedera


Pemandu maut manakala penumpang cedera setelah terlibat dalam kemalangan kendiri di KM 56 Simpang Bakun disini pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII)  Stephen Plen berkata, sebanyak 8 anggota dengan sebuah Fire Rescue Tander (FRT) serta nit Emergency Medical Rescue Services (EMRS) atau Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan bergegas kelokasi setelah menerima panggilan berkiatan kejadiaan pada jam 1.26 pagi.

“Kereta Proton Saga yang dipandu oleh Muhammad Badrun Amin bin Abdulah, 39, bersama seorang rakan yang dikenali sebagai Mohammad Fariezan Gui, 29 dipercayai hilang kawalan lalu melanggar penghadang jalan,” katanya.

Tambahnya lagi, akibat dari perlangaran tersebut, keadaan kereta remuk dibahagian hadapan dan telah menyebabkan pemadu tersepit di tempat duduk pemandu.

Jelasnya, pihak kami terpaksa menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit. Bagaimanapun mangsa telah disahkan telah meninggal dunia oleh pihak perubatan. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Manakala penumpang hanya mengalami cedera ringan dan telah diberi rawatan awal oleh pasukan perubatan. Operasi ditamatkan pada jam 3.07 pagi,”katanya ketika dihubungi pagi ini.

Sunday, July 7, 2019

Dua terselamat kereta bertembung dengan lori

Keadaan kereta Perodua Kancil yang dinaiki dua beranak

Bintulu: Dua beranak nyaris maut apabila kereta yang dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Batu 10 jalan Bintulu-Miri di sini  malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Sarawak, Pegawai Bomba Mark anak Baung berkata, seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Stephen Plen dikerahkan ke lokasi setelah pihaknya telah menerima panggilan berkaitan kemalangan pada jam 11.56 malam.

Mark berkata, kereta Perodua Kancil yang dipandu oleh Kiah anak Sigan, 59, dalam perjalanan dari Bintulu menghala ke Miri telah bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.

Tambahnya lagi, impak perlanggaran itu, bahagian depan kereta remuk yang menyebabkan pemandu tersepit di bahagian kaki dan kedua-dua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak kami tiba.

Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Bintulu oleh pihak Ambulan dan pemandu serta kelindan lori yang membawa barangan kitar semula terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan,”katanya.

Jelasnya, kerja-keja flushing di sekitar lokasi kemalangan dilakukan dan operasi tamat pada jam 12.27 tengah malam,”katanya ketika dihubungi.

Saturday, July 6, 2019

Umpan gambar perempuan seksi dan cantik untuk urut nyaman

Gambar Hiasan


KUCHING: Umpannya gambar perempuan cantik dan seksi melalui aplikasi MiChat.
Lelaki hidung belang tergiur dan mudah terpedaya dengan khidmat urut nyaman.
Sasaran sindiket berkenaan ialah penginap hotel, dan mereka berjanji menghantar wanita berkenaan ke bilik penginapan.
Namun, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.
Polis Kuching menahan lima orang termasuk seorang wanita selepas disyaki menyamun seorang lelaki secara berkumpulan di dalam bilik sebuah hotel di sini.
Ketua Polis daerah Kuching ACP Awang Din Awang Gani berkata, suspek berusia 24 hingga 34 tahun ditumpaskan pasukan siasatan jenayah IPD Kuching di sebuah hotel di sini pada Khamis.
“Mangsa terpedaya apabila suspek menggunakan gambar profil wanita cantik dan seksi dalam aplikasi tersebut,” katanya.
Jelasnya, selepas pelanggan yang bersetuju dengan perkhidmatan nyaman, kumpulan samun berkenaan akan datang ke bilik secara berkumpulan bersenjatakan parang.
“Kami berjaya menangkap kesemua suspek dalam tempoh tujuh jam selepas menerima laporan mangsa,” katanya.

Terkena bom ikan waktu menyelam: Tiga maut, termasuk 2 pelancong China

SEMPORNA: Tiga penyelam termasuk dua pelancong warga China maut dipercayai akibat terkena bom ikan, ketika menjalankan aktiviti menyelam di perairan daerah Semporna, pada petang Jumaat, kata Astro Awani
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mamma berkata, kejadian difahamkan berlaku sekitar jam 4 hingga 5 petang semalam sebelum pihak berkuasa dimaklumkan mengenainya.
Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, mangsa dalam kejadian ini melibatkan tiga lelaki iaitu seorang penyelam profesional warga tempatan dan dua lagi yang merupakan pelancong asing.
Beliau berkata, maklumat awal turut mendedahkan insiden tersebut ada kena mengena dengan kejadian bom ikan sehingga mengakibatkan kematian ketiga-tiga mangsa.
“Polis masih mengenal pasti punca kejadian ini namun berdasarkan maklumat yang diterima, mangsa-mangsa yang maut dipercayai terkena bom ikan.
“Siasatan secara menyeluruh masih giat dijalankan dan polis turut meminta orang awam yang mempunyai sebarang maklumat untuk tampil segera,” katanya.
Jelasnya lagi, menurut Astro Awani, lokasi sebenar kejadian itu berlaku juga masih dalam siasatan polis.
Omar berkata, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mayat ketiga-tiga mangsa dibawa ke hospital berdekatan untuk tindakan lanjut.
Terbaru, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Christina Liew dipetik Bernama berkata, dua pelancong warga China dan seorang jurulatih selaman tempatan maut sewaktu menyelam akibat terkena bom ikan.
“Kami sedih untuk melaporkan berlaku insiden pada 5.50 petang di Semporna. Ini sangat menyedihkan kami kerana ia melibatkan pengeboman ikan secara haram yang menyebabkan kematian kepada pelancong dan jurulatih selaman kita.
“Kami telah memaklumkan kepada Konsul Jeneral China di Kota Kinabalu dan Ketua Menteri Sabah mengenai tragedi sedih ini. Pegawai Lembaga Pelancongan Sabah akan memantau situasi itu,” katanya dalam satu kenyataan di Kota Kinabalu.
Beliau berkata kawasan itu berlaku di luar Taman Marin Tun Sakaran.
Liew juga menggesa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Polis Marin dan Jabatan Perikanan untuk mengambil tindakan tegas terhadap aktiviti pengeboman ikan.
Beliau berkata penalti yang lebih berat harus dikuatkuasakan oleh pegawai penguat kuasa.