KUCHING: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin sebentar tadi telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di pejabatnya di Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Ia pertama kali bagi Zuraida menjejakkan kaki ke Sarawak selepas pengharaman masuk sejak Pilihan Raya Negeri lalu.
Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, diiringi oleh Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian dan beberapa Ahli Parlimen PKR seperti Ali Biju, Willie Mongin dan Larry Sng.
Turut hadir See Che How, Adun Batu Lintang.
Pertemuan berlangsung selama 45 minit dalam suasana mesra dan muhibbah.
-Sarawak Voice-
No comments:
Post a Comment